Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Rabu, April 23, 2008

Kelab 'No Life'


“Jangan paksa saya, saya tak mungkin menjadi ahli kelab ini,” kata saya bersungguh-sungguh. Ia bukan kelab kongsi gelap, jauh sekali kelab malam tempat mat-minah salih dan orang-orang berkulit hitam manis yang gaya hidupnya jauh lebih ke depan dari mat-minah salih berpeleseran di tanah tinggi ini.
“Kenapa tidak?” sanggah bos saya yang hidupnya tertumpu kepada sebuah meja seluas 2 ½ kaki kali 4 kaki yang bersusun ‘indah’ fail-fail timbul dan tenggelam, buku log dan vot, kertas-kertas minit dan yang teratas sekali – surat permohonan cuti aku.
“Bila kau dah sain setuju menjawat kerja dan menerima gaji, mahu tak mahu – kau kenalah juga jadi hamba kepada meja ini!” tegas sekali kata-katanya.
Ah, jadi hamba kepada meja – tidak sesekali. Aku mahu bebas!
Aku mahu keluar minum teh tarik dengan menikmati tosai sambil berbincang – berdiskusi – berkonfran tentang politik, sosial, ekonomi, sastera dan tidak ketinggalan gossip. Mahu juga menyahut seruan Menteri Pelancongan yang baru untuk program ‘Cuti-cuti Malaysia’ dan juga Menteri Pelancongan Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura. Mahu juga balik ke kampung dan melaksanakan Kempen Prihatin anjuran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mahu juga meyelongkat isi alam cyber sebagaimana saranan Menteri Teknologi dan Alam Sekitar. Jadi aku tidak patriotik kah? Bukan warganegara Malaysia yang baik kah? Tidak bolehkah aku keluar dari dunia 2 ½ kaki kali 4 kaki dan menikmati hidup sepenuhnya – dan menolak keanggotaan Kelab ‘No Life’. Salah kah?


Tanah Rata

7 ulasan:

Nazmi Yaakub berkata...

kau patut bersyukur. walaupun kau duduk atas meja, bawah meja, tepi meja atau tak duduk kat meja kau tu, kau tetap berada di atas bukit! :)

ainon mohd berkata...

Saya pun berada di atas bukit - Bukit Janda Baik!

zulfazlan jumrah berkata...

SALAM ABANG KHOLID.SAYA ZULFAZLAN JUMRAH. INGAT TAK KITA PERNAH SEBILIK DI TANJUNG PIAI DULU. KALAU SENANG, LINK KE BLOG SAYA: zulfazlan-jumrah.blogspot.com

zulkhair berkata...

Kerja tak semesti dilakukan di atas meja. Kerja juga boleh dilakukan di atas riba.

Meja yang menjadi hamba kepada manusia jauh lebih baik daripada manusia yang menjadi hamba kepada meja.

err ada satu lagi,

Tosai itu lebih baik daripada roti canai (dari segi kesihatan).

mOEha Aziz berkata...

salam...

menggelungsur dari laman Kak Lily. Pilihan yang bijak. Kita hanya hamba padaNya. bukan hamba apa apa atau sapa apa... :)

kak ila berkata...

Hamba? satu gelaran yang amat dibenci. tapi itulah kita. kita hamba di bumiNya ini. hanya pada DIA. bukan meja,bukan boss, bukan siapa2. Hamba sastera? Er........
p/s : bahu terjungkit mulut mencebik.

Najwa Aiman berkata...

Errr... sebab tak mahu menghadap meja 2½ ka x 4 ka tu awek-awek tu cari kerja yang tak perlu meja... perlu katil jek... ayaaarrkk...!

Tapi hakikatnya kita yang rela dan bersetuju dari awal... eh? Ya ke?