Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Rabu, Februari 20, 2008

MUSIM MUSIM KERING

Ketika saya sedang menghirup kopi O kosong, seorang pakcik berketayap meminta izin untuk duduk di mejaku. Pagi-pagi begini, dalam suasana menghadapi pilihanraya yang dijelaskan dengan gantungan poster timbang, mata lebam biru, bulan dan roket – saya pasti mengalu-alukan seorang teman untuk berbual. Nanti dahulu, belah mana posisi pakcik ketayap ini.
“Anak mengundi tahun ini?” tanya pakcik ketayap itu.
“Sepatutnya mengundi, tetapi mungkin saya memilih untuk tidak mengundi,” saya tegaskan, walau saya kira jawapan ini akan mengundang perbahasan. Saya memang menantikan.
Dahi pakcik ketayap itu berkerut-kerut. “Jika begitu anak lari dari tanggungjawab sebagai rakyat,” katanya hampa.
Saya tersenyum. “Saya masih berfikir-fikir. Bagaimana saya mahu mengundi jika kedua-dua belah calon bukan pilihan saya.”
“Pilih mengikut parti,” saranan pakcik ketayap itu.
“Saya tidak pernah memilih calon mengikut parti. Itu cara pemikiran orang dunia ketiga,” sanggah saya menyebabkan wajah pakcik ketayap itu berubah.
“Itu tindakan yang tidak bertanggungjawab.” Kenyataan pakcik ketayap itu sepatutnya membebankan. Satu tuduhan semberono tetapi saya masih boleh tersenyum. Bukankah itu hanya pandangannya sahaja?
“Mungkin saya tidak bertanggungjawab kerana saya rasa saya meletakkan tanggungjawab memilih itu kepada orang lain yang punya pilihan. Orang yang tak punya pilihan seperti saya biarlah saya galas tanggungjawab lain,” jelas saya lambat-lambat tetapi terang.
“Tanggungjawab yang bagaimana? Kalau memilih kerajaan boleh dienteng-entengkan – jangankan tanggungjawab lain.” Pakcik ketayap mencemuh, “bilang sayang negara – sayang tahi kucing.”
Benarlah kini musim-musim kering. Hati jadi keras dan kaku. Mentafsir tidak mungkin ke arah yang murni tetapi lebih kepada keinginan melunasi kehendak tekak. Pertimbangan sudah tinggal lambang dan keikhlasan hanya jadi slogan. Musim-musim kering ini sudah menunjukkan warnanya.

11 ulasan:

Poliklinik Salehudin berkata...

assalamualaikum.
saya fikir masa ni dah terhakis prinsip2 idealis pejuang bangsa seperti yang pernah kita dengar diawal kemerdekaan.bagaimanapun menjadi tanggungjawab kita untuk memilih pemerintah yang lebih bertanggung jawab. buat masa ni, saya nak kempen, pilihlah parti mampu membantu negara.negara sekarang perlu parti pembangkang supaya ada cek and balance apa2 yang di buat kerajaan.undila pembangkang supaya ada pembangkang dalam dewan.barisan nasional tidak perlukan anda.

Aidil Khalid berkata...

Salam, saudara,

Sekadar memberikan pandangan, dan andai salah, harap dibetulkan.

Walaupun kedua-dua belah bukan pilihan, sebagai rakyat, kita masih bertanggung jawab memilih. Pilih yang paling dekat dengan pilihan, walaupun tidak sepenuhnya memenuhi pilihan sebenar.

Bukankah memang begitu fekahnya? Apabila terpaksa memilih antara dua keburukan, maka pilihlah yang paling ringan keburukannya. Seperti Allah menceritakan pendirian Kaum Muslimin dalam Surah Rum tentang perang Rom-Parsi.

Allahua'lam.

Ainin Naufal berkata...

musim-musim kering begini, sembunyikan diri elok-elok di balik PC/ laptop.

Balik kampung yang lepas, jalan depan rumah orang tua saya dah lebar dan bertar baru. hmm...

ainon mohd berkata...

Masa untuk berubah dan mengubah.

Nazmi Yaakub berkata...

saya tidak sarankan encik khalid baca cerpen satira saya di blog, kawat, andainya encik sensitif tentang parti.

mohamadkholid berkata...

untuk semua,

saya neutral...

Nazmi Yaakub berkata...

ok, ok, sbb kau penat baca cerpen aku, kali ini aku update dgn e-mel2 yg kurang penat untuk dibaca :)

ilham hamdani berkata...

salam pak kholid!

lama benar saya tidak berkunjung ke sini. mudahan pak kholid waras-waras sahaja di musim-musim penasaran begini,musim memilih!

Serunai Faqir aka SF berkata...

heheheh aku sokong parti Tupperware ...

zulkhair berkata...

Kita berdua betul2 kering. Lama tak jumpa.

Nazmi Yaakub berkata...

tuan kholid,

poster, banner dan bunting kempen dah diturunkan. bila pula entry tuan ini nak diturunkan ke bawah pula? he he he

sekarang orang tengah bincang kitchen cabinet pak lah. termasuk saya juga. hak hak hak

dan jangan lupa, ttg keghairahan anwar utk menarik MP dari seberang. saya ada tujukan lagu katak oh katak pada tuan anwar! :)