Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Jumaat, Januari 04, 2008

Desir Angin di Pergunungan & Belasungkawa Buat Dr Nuri



Ini buah tangan paling berharga - atas jerih payah Sifu Zaharah Nawawi membimbing kami seramai 20 orang anak-anak warga Kepezi. Inilah buah tangan paling manis, novel dewasa saya yang kedua diterbitkan DBP.

Jika ada calon penulis yang bertanya saya - pada siapakah paling baik berguru - Sifu Zaharah Nawawi lah jawapannya. Jika patuh dan akur setiap tunjuk-ajar dan 'semburan' api naganya - dalam masa yang singkat pasti akan menempa nama di arus perdana. Sampai bila-bila, saya mungkin tak akan dapat melupakannya.

Januari 1, 2008 - saya dikejutkan dengan penerimaan sms dari telefon bimbit Dr Nuri. Begini bunyinya - 'Innalillahiwainnalillahirajiun... just to inform that dr norrihah takuan has just passed away on 1 Jan 2008 at 4.35 pm... -tq'. Bagai luruh jantung saya membacanya, jauh sekali mempercayainya. Pantas saya mendail nombor telefon Sifu Zaharah Nawawi dan dia suruh saya menefon nombor telefon Dr Nuri untuk memastikan. "Eh, semalam baru Dr Nuri e-mail saya," katanya dalam ragu. Tetapi ketentuan Allah jua, anak Dr Nuri mengesahkan sms itu. Terbayang di mata, Aidilfitri yang lalu, saya sekeluarga sempat singgah di rumah ibubapa Dr Nuri, Ustaz Takuan (kami sekampung dan Ustaz Takuan memang dikenali semua). Kami berbual panjang, suaminya Dr Khairuddin yang periang turut melayan kerenah anak istimewa kami. Dr Nuri yang mula menggelar saya K di Kepenzi Online telah pergi. Ya Allah, tempatkan rohnya bersama orang-orang yang beriman. Amin!

Brinchang

11 ulasan:

zulkhair berkata...

Tahniah dan takziah.

Tanpa Nama berkata...

arwah norihah ni yg masa sekolah rendah pegi skolah naik basikal chopper. ceritalah lagi, sebab apa ninggal etc. etc.

iNsaN BiaSa berkata...

takziah dr sy...tahniah coz novel terbaru anda dh diterbitkan..sy adalah slh seorg peminat novel hasil tangan tempatan...keep up a gud work..
salam kenal dr sy..

cheerio..!!

butaseni berkata...

al fatihah.salam kenal saudara.
wow blog aku semakin meriah,penulis pun ada.hehee
respek.

Ainin Naufal berkata...

Takziah untuk keluarga arwah.

Tahniah, buah tangan tahun baru nampaknya.

Err... di PNM tempoh hari adakah itu anda yang bertegur sapa dengan Ghazali?

mohamadkholid berkata...

zulkhair & anonymous,
arwah meninggal kerana kanser payudara, dia penulis yang berpotensi besar lewat cerpen-cerpennya...

insan biasa,
tq atas kunjungan

butaseni,
saya juga respek org2 sebni ni..

ainin,
buah tangan ini mahal harganya - selepas hampir 3 tahun menunggu...
bukan saya tu...

Bikash Nur Idris berkata...

takziah & tahniah...

salam muharram :)

ainon mohd berkata...

Tahniah!

3 tahun tidak lama... ada yang sampai 11 tahun... ada yang manuskripnya sampai hilang langsung!

Wan Nor Azriq berkata...

Tahniah dan takziah daripada saya

Rasha_rz berkata...

Innalillah hiwainnaila hiwarrojiun... takziah pada keluarganya. dan tahniah pada awak dan keluarga. Cantik cover novel awak. tahniah sekali lagi.
Bertuah adik dapat pendidikan dari orang yang berpengalaman, akak pula kena menulis dulu baru merangkak cari ilmu penulisan.Bengkel kita di DBP hari tu, merupakan pengalaman pertama akak menangguk ilmu mengarang. Best kan? dapat ilmu bermanfaat?

nooryahaya berkata...

yang ni bagus jalan ceritanya. malah kalau ada modal boleh buat movie. baru habis baca malam tadi.