Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Sabtu, Disember 29, 2007

Menyambung Yang Terbelangkalai

Aku ada dua buah novel yang terbelangkalai, setelah hampir empat bulan tidak terusik – hari ini kembali menjenguk. Ya, bukan mudah untuk menyambung semula. Ia sangat-sangat memerlukan kekuatan. Pernah anlian membaca tentang writer-block? Cuba cari maklumat tentangnya di Writers Forum, sebuah majalah terbitan berkala dari UK yang aku temui di The Mall.

Langkah-langkah untuk menyambung penulisan.
1. Ulangkaji semula sinopsis asal novel yang anda sedang tulis. Itulah gunanya sinopsis – untuk mengekalkan idea dan supaya jangan tersasar dari matlamat asal.
2. Baca semula novel yang telah ditulis itu. Hayati semula watak-wataknya dan persoalannya. Hah, novel yang pertama – yang aku beri working title – Rhododendron sudah siap 70 mukasurat. Novel kedua – sebuah kisah cinta sudah siap 250 mukasurat. Alamak, sepanjang 3 bulan ini, watak-watak itu sudah ‘lenyap’ dari fikiran. Sekali lagi – itulah gunanya sinopsis. Ingat Sdr Amir Hamzah (teman penulis dari Ipoh yang saya kunjungi tempohari), tanpa sinopsis – novel tersebut tentu akan terus terbelangkalai atau menuju je batu dua (tanah perkuburan)!
3. Mulakan ayat pertama anda – biar sepayah mana, sebuah novel tidak akan bermula tanpa sebaris ayat.
4. Setiap hari, setiap masa dan setiap kali membuka komputer – fikirkan dan baca kembali novel itu. Jadikan ia sebati dengan diri. Ah, teman sepejabat aku tentu pusing kepala melihat tingkahku ketika ini. Dalam dunia novelku. Setiap perkataan yang keluar dari mulut seolah-olah perkataan yang sama keluar dari watak. Dan watak-watak berlegar-legar dalam fikiran. Ketika ini, kerja-kerja penulisanku semakin rancak.

Doakan aku terus lestari menulis dua novel ini untuk empat lima bulan akan datang!

Brinchang

2 ulasan:

ainon mohd berkata...

Betul! Betul! Mesti ada sinopsis. Itu sebab di PTS, mentee-mentee wajib hantar sinopsis...

Rasha_rz berkata...

begitu juga cara akak melunaskan kerja penulisan. tidak pernah ada 1 novel pun yang akak sudahkan dalam 1 masa. pastinya ditinggalkan dulu dan bikin yang lain. bila dah lupa seluruhnya termasuk watak, akak akan kembali bermesra dengannya dan kembali mencintainya.