Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Rabu, November 14, 2007

Telah Muncul di Pasaran!



Kabus di Perbukitan

Penulis: Mohamad Kholid Hamzah

Penerbit: DBP

No. KK: 899 205885101

No. ISBN: 9789836296436

Tahun Terbitan: 2007

Harga Buku: RM20.00

Sinopsis

Pertemuan dan perpisahan memanglah takdir, namun hati yang terluka kadang-kadang sukar menerima. Kehilangan membawa resah berpanjangan, membawa diri mencari kedamaian hati dan cinta. Merentas dekad dan negara, cinta terpaut di bumi kiwi. Di situ kasih bercambah, di situ rindu melimpah. Hujan emas di negeri orang, namun tanah tumpah darah dan air mata mengamit jua. Faridah akur dengan runtunan jiwa, kembali menjejak bumi yang suku abad ditinggalkan, menautkan kasih antara dua negara. Dia berjanji pada tanah ini - susur galur - akar tunjang keturunan akan teguh. Dia pulang membina jati diri di tanah air sendiri. Dia bukan enggang, dia hanyalah bangau yang akhirnya pulang ke belakang kerbau."

13 ulasan:

zulkhair berkata...

Tahniah Kholid. Yang mahal bila ada tampal logo berlatar putih di bahagian atas sudut sebelah kiri. Terus berkarya di atas bukit!

zaharah berkata...

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Serunai Faqir aka SF berkata...

Ya, terus promosi melalui sms dan emel kepada kenalan, teman dan sdr ..jangan lengah2 lagi, kalau mahu harap penerbit ..hadoiiiii

Khairusy Syakirin Has-Yun berkata...

Tahniah! Bertambah lagi harta Malaysia.

Rasha_rz berkata...

Tahniah Kholid. kak ila belum jumpanya. nanti kak ila cari dan bawa pulang.

Ainin Naufal berkata...

tahniah

Nur berkata...

Tahniah, nak jugak miliki novel itu and TQ..TQ..TQ

MYA MARJA berkata...

Kelahiran yang dinanti. Tahniah, Tuan Kholid!

Zalisa Maz @ ZN Isa berkata...

tahniah :)

ADDEEN BANDARSEPI berkata...

tahniah bapak khalid! terus menulis dan jangan berhenti

Tanpa Nama berkata...

kanda yang dimuliakan. ketika dinda melalui beberapa bukit. dan melihat kapas2 kabus menyelimutinya. lantas dinda teringat akan judul novel kanda ini. benar. memang situasi itu sangat indah. indah.

ren.

barb michelen berkata...

Hello I just entered before I have to leave to the airport, it's been very nice to meet you, if you want here is the site I told you about where I type some stuff and make good money (I work from home): here it is

nooryahaya berkata...

baru habis baca yang ni seminggu lepas. satu yg aku tak pasti amende nya sampai pagi tadi - ubi ketok. sarapan ubi ketok. masa baca hari tu aku ingat ubi gathot, yg di rendam dan di jemur tu. setahu aku emak dah tak buat yg ni sejak bah besar tahun 71. engkau masa tu baru lahir, jadi tak make sense. pagi tadi aku terbangun tidur dan teringat ubi gethuk, yg di rebus kendian di (gethuk) mash macam mashed potato tu. lah baru aku ingat. memang pun yg tu adik kembar ko suka. hahah. cerita kembar ni familiar sangat lah, dahlah emak tu kembar, adik kita kembar juga.
aku sangat familiarlah dgn jalan cerita buku ni.
semalam kawan aku Agus Dharmawan dari jakarta dtg sini cuti. dia ni MP kat jakarta, dari parti amien rais. InsyaAllah kalau ada rezeki kita pegi Pekalongan. boleh ko rangka citer arwah nenek.

baru sikit baca desir angin.