Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Rabu, September 19, 2007

Puasa di Tanah Tinggi


TAHUN ini merupakan tahun ke tiga aku berpuasa di Cameron Highlands. Aku pun mula bertugas di sini pada bulan puasa. Pengalaman berpuasa di tanah tinggi yang agak sejuk ini ada seronoknya – ada juga tak seronoknya. Yang seronok pastinya suasana yang nyaman dan kadang-kala dingin sampai petang. Tak terasa dahaga lansung, lapar tetap ada. Yang tak seronoknya, berbuka paling lewat sekali di Malaysia. Habis azan di TV (yang mengikut waktu di Kuala Lumpur) masih kena tunggu dua minit lagi sebelum berbuka. Tentang pasar Ramadhan, jangan harap seperti di tempat lain. Gerai tidak banyak, sesuai dengan jumlah penduduk Melayu yang bukan majoriti. Aku secara peribadi jarang beli kuih di pasar Ramadhan. Sebabnya? Sejuk. Waktu berbuka nanti hendak makan rasa tak berselera, macam kuih yang disimpan dalam peti sejuk. Satu perkara lagi, tiada orang berbuka dengan minuman berais di sini. Semuanya yang panas-panas. Dapat anda bayangkan sejuknya waktu bersahur....

6 ulasan:

Zamer Rizal Osman @ ZoRrO berkata...

Bro, Selamat Menjalani Ibadah Puasa! Rajin-rajinlah masak di rumah..lagi berselera walaupun nasi berkuahkan kicap masin...:-)

zulkhair berkata...

Orang tanah tinggi, rezekinya murah. Banyak berjimat. Kurang ke bazar Ramadhan, tak payah beli ais, tak perlu pendingin hawa dan barangkali tak perlukan kipas di samping berpeluang duduk rumah untuk banyakkan amal dan menulis.

RMN berkata...

Saya suka persekitaran tanah rendah, terutama laut dan pantai. Banyak ketenangan. Tapi, sesekali seronok dapat ke tanah tinggi.

p/s dah lama tak ke Genting mahupun Cameroon.

Ainin Naufal berkata...

jangan gelak. saya tak pernah jejak ke cameron. huuu...

mohamadkholid berkata...

zamer...
nasi dgn kicap cerita zaman bujang daa...

zulkhair
kipas tak pernah pasang. sejuk...

rmn
laut dan pulau pun saya suka. teringat pulau beras basah...

ainin naufal
dtglah... rumah saya ada xtra bilik

ainon mohd berkata...

Janda Baik paling bagus, tidak berapa tinggi, tidak berapa rendah. Paling Baik!