Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Isnin, Ogos 20, 2007

Berkelana di Langkawi



Dua minggu berterusan akan berada di Langkawi. Minggu pertama untuk memenuhi kursus jabatan dan minggu kedua bercuti bersama keluarga. Sayangnya laptop ditinggalkan dan seperti helang yang tersadai di Batu Kawi. Serba serbi tak kena.


Sahabat - Ku Chik menceritakan satu fenomena yang menarik yang telah dipendam ideanya sekian lama dan menunggu masa untuk menulis. Kebetulan penceramah adalah seorang peguam hak asasi manusia yang terkenal. Dapatlah kupasan tentang hal itu yang menjadi isu politik yang paling keras sejak 50 tahun yang lalu. Bukan isu bangsa, isu bahasa atau isu titik bengik - tetapi isu kanak-kanak yang melangkaui sempadan bangsa. Lanjutan dari mengikuti bengkel puitika anjuran Faisal Tehrani, pasti isu inilah yang paling baik diangkat menjadi sebuah novel sirius dan mengupas pemikiran melangkaui zaman.
Menyaksikan pertemuan sungai dan laut - bergabung dengan keindahan bukit batu kapur dan hutan paya bakau Kilim Geopark amat mengujakan. Sekilas saya melihat apa yang ingin saya abadikan dalam novel itu berpampasan dicelah-celah kesibukan orang membeli belah di Kuah dan azam saya membuak - tahun depan cerita ini akan saya tulis. Penyelidikannya akan saya selesaikan tahun ini.
Kuah, Langkawi.
(Ketika menunggu hujan teduh)

6 ulasan:

Serunai Faqir aka SF berkata...

wei rajinnya kau menulis!

zulkhair berkata...

Kadang2 perlukan keadaan luar biasa tanpa laptop.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Sudah lama tak menjejakkan kaki ke Langkawi.. :)

Mersik berkata...

Seronok kalau sesekali merehatkan badan dan minda. Moga ceria2 selalu dan banyak ideanya.. hik hik

Rasha_rz berkata...

Salam singgah Kholid. Buat julung kalinya kak ila tersinggah di sini melalui pintu kak ila sendiri. Terima kasih kerana sudi menjenguk.

mrkuchik berkata...

Syabas bro. aku pasti story hang kali best seller. perlu bantuan cari aku. kawan mesti tolong kawan. bye