Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Rabu, Julai 11, 2007

Dalam Kehadiran Sofiah




Saya sendiri untuk menulis kisah ini, tidak mampu kerana ia adalah kisah kami yang penuh dengan warna-warna. Bukan sebagaimana warna pelangi yang indah ketika hujan renyai dan mentari merobos. Ia bagai sesuatu yang berada di dalam kaca, boleh dilihat tetapi tidak boleh disentuh. Mujur, isteri @ kekasih saya, Saripah Bakar mempunyai kekuatan untuk menjadikannya sebuah novel jibunsyi. Setelah setahun dia menguatkan semangat mengatasi ledak rasa – novel ini kini berada dalam pasaran. Kepada teman-teman yang mengenali kami, inilah kisah sebenar kami yang tersembunyi. Buat orang-orang yang rapat dengan OKU, inilah sebuah novel yang telus tentang OKU. Semoga “Dalam Kehadiran Sofiah” akan merubah persepsi masyarakat tentang OKU yang sulit untuk dimengerti!

21 ulasan:

zulkhair berkata...

Sapiah yang pernah saya ketemu adalah manusia paling bertuah lantaran ibunya mengabadikan sebuah buku khas. Buku tersebut adalah lambang kebanggaan, lambang kasih sayang yang berpanjang, lambang kehidupan yang semakin indah berkongsi hidup dengan suami bernama Kholid!

Serunai Faqir aka SF berkata...

Salam tahniah kepada isteri sdr.

Najwa Aiman berkata...

bila nak kenduri doa selamat nih?

nooryahaya berkata...

congrats..good work.

Tanpa Nama berkata...

abg kholid, ke pangkuan jua akhirnya jibunsyi yang dinanti ini. salam tahniah untuk akak.

ren.

alifstyle berkata...

tahniah Encik!

zalisa maz berkata...

Bukan mudah mahu mengabadikan kisah begini dalam bentuk buku. Maksud saya, orang yang menulis perlu kekuatan hati. Tahniah.

Tanpa Nama berkata...

Hehehe komen kau PA tak terimalah. Aku senyum saja. Usah hirau dengan teori2 mereka itu, mari kita terus menulis.

Tanpa Nama berkata...

EH komen di atas itu komen aku. Lupa hendak letak nama. :)

SF

K@ssim Sel@m@t berkata...

Tertarik saya dengar entri tuan ini. Adakah kisah hidup di dalam buku ini mempunyai persamaan dgn kisah hidup saya yg juga OKU.

Suka derita insan kurang upaya hanya mereka2 saja yg mengerti.

blackpurple berkata...

Tahniah! Teruskan berkarya.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah untuk isteri.

Komen-komen kita memang tak diterimalah. huhu...

-ainin naufal-

e-episode berkata...

Tba-tiba saya terasa rindu kepada kakak saya di kampung. Dia juga lahir sebagai anak yang istimewa. Begitu tabah ibu dan ayah saya membesarkannya.

Tahniah kepada isteri.

serunai berkata...

mai tgk lukisan black metal utk novel yg aku tgh garap nih ...akekeke

Tanpa Nama berkata...

La, Kholid
Saripah Bakar tu, hang punya isteri ka! Awat tak habaq kat blog!

http://Ibnuahmdalkurauwi.wordpress.com

Hasrina Baharum berkata...

Salam. Terbaca komen saudara di blog. Tentang buku itu, saya ada dengar juga lewat cerita-ceritanya dahulu. Mungkin, saya tak dapat tolong secara langsung. Tapi saudara boleh jejak koleksi bukunya di UPSI. Kalau tak salah, UPSI memang menyimpan sejumlah koleksi buku Shaharom Husain.

AHMAD AMIRUL berkata...

Assalamualaikum,
Sememangnya patut lebih banyak buku tentang OKU atau dari hasil tulisan OKU diterbitkan supaya masyrakat lebih faham situasi mereka dan menghormati buah fikiran mereka.Mereka tiada beza malah semangat mereka lebih kental dari manusia yg normal.Tahniah buat anda berdua.

boosiong berkata...

Hi En.Kholid, Pn.Ainon (Sifu PTS) ada suruh saya dapatkan buku ni kat BookCafe (www.bookcafe.com.my) tapi tak ada kat sana. Boleh saya dapatkan terus dari En.Kholid? Saya sebenarnya dalam projek berkaitan OKU, blog kat http://okukita.blogspot.com, atau boleh call terus 019-2702083, terima kasih.

Rasha_rz berkata...

Salam bangga kak ila buat isteri anda. kak ila bergelar isteri, dan kak ila faham jiwa seorang isteri. Tulus, ikhlas dan lurus... Jangan sekali2 dikhianati!

laila kamilia berkata...

tahniah! sebagai guru pendidikan khas, saya bangga ada buku yang mengisahkan anak2 syurga ini. tahniah!

Shaipuddin berkata...

Saya membeli buku ini sebagai hadiah kepada anak saya Syafiah yang mendapat keputusan UPSR baru-baru ini tanpa membaca sinopsis. Saya hanya tertarik kepada kulit depan dengan catatan yang saya fikir menarik.
Rupa-rupanya buku ini juga menceritakan pengalaman pahit (dan sedikit manis) yang kami sekeluarga rasai sepanjang membesarkan anak sulung kami Aishaz yang ceritanya menyamai 90% sofiah dalam novel ini. Saya berbangga kepada penulis yang berjaya menyampaikan isihati ibubapa anak-anak OKU ini kepada orang ramai agar mereka-mereka memberi sedikit ruang kepada anak kami untuk mendiami dunia Allah ini.
Tahniah untuk Saripah Bakar.

shaipudin@time.net.my