Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Jumaat, Mei 11, 2007

Menuju Kebebasan Hidup

Kebebasan hidup – itulah impian setiap insan. Ada seorang teman, wanita berkerjaya – melepaskan jawatan di sebuah syarikat swasta hanya untuk menjadi ibu dan suri sepenuh masa. Dia hanya ketawa kecil apabila bosnya mempertikaikan keputusannya. “Awak ada masa depan yang cerah, masakan mahu melepas jawatan hanya untuk menjadi surirumah,” tegas si bos yang ternyata kecewa.
“Masa depan yang penting sekarang adalah masa depan anak-anak saya. Masa depan saya sudah sampai ke penghujungnya,” jawab si teman tadi. Berbahasa halus, tidak mahu menyinggung.
Sama ada kita akui atau tidak, kebahagiaan dan kejayaan itu subjektif sifatnya. Ada orang yang fikir dia berjaya dengan mempunyai pangkat yang tinggi, kekuasaan pada tugas dan tanggungjawab. Apakah seorang pegawai dagang muda lebih berjaya berbanding dengan seorang pesawah yang mempunyai tanah bendang tiga ekar? Si pesawah, mungkin tidak hidup dengan gaya mewah tetapi senang hati – pagi bekerja mengeluarkan peluh dan petang boleh tidur di pangkin bawah pokok mempelam. Si pegawai dagang muda mula keluar dari rumah seawal 6.00 pagi – matahari pun belum keluar. Anak-anak pergi ke sekolah sendiri – balik sendiri – makan sendiri. Lewat senja, kekadang santak hingga jam 8.00 malam barulah kembali. Hutang sudah sewajarnya bertimbun mencapai ratusan ribu – rumah, kereta, personal loan, kad kredit... Sedang si pesawah mungkin hanya berhutang di kedai runcit sekitar seratus ringgit dua, atau hutang membajak sawah yang akan lunas bila padi masak. Jika difikir-fikir, siapa yang lebih bahagia sebenarnya?
Apakah kebebasan hidup sebenarnya? Yang diimpikan – bukan jadi kaya – sekadar boleh hidup selesa – tanpa HUTANG yang tidak pernah susut. Biar pakai kereta kecil tetapi hati senang. Paling penting – ada tabungan untuk anak-anak dan wang mengalir masuk tanpa perlu keluar 6 pagi dan balik 7 malam.

(Entri ini ditulis untuk teman saya – yang terpaksa memilih untuk berhenti kerja dan menumpukan pada rumahtangganya. Selamat berjaya – banyak kerja yang boleh dilakukan di rumah seperti menulis skrip, menerima tempahan kraf/quit, tempahan kuih/kek. Selamat datang ke dunia BEKERJA DI RUMAH!)

Brinchang

5 ulasan:

blackpurple berkata...

Ahh..kalaulah saya juga boleh seperti saudara, berhenti kerja. Tapi bila memikirkan ada perut-perut yang menunggu di rumah minta diisi dan juga memikirkan ada 3-4 orang staf yang perlu saya isi akaun bank mereka, terpaksalah saya teruskan... :)

Serunai Faqir aka SF berkata...

Kebebasan adalah dalam hati, bukan luaran diri. Tapi luaran diri itu adalah manifestafi kebebasan diri atau kebelengguan. :)

emio berkata...

Salam, kita pernah bertemu di majlis ramas ehh... ramah mesra PTS1 di tepi kwsan permainan Taman Tasik Perdana..

Kebetulan entri saudara ini terkena jua dgn saya yg mengambil keputusan secara 'rambo + kamikaze' utk melepaskan jawatan skrg semata2 merasakan perlu lakukan dlm hidup sesuatu sblm mencecah 40

Mmg terasa berbelah bahagi..sebelah kaki masih ingin di sini..sebelah kaki sudah berlari2 anak utk bebas membuat apa yg diri ini inginkan..

Sementelah pula sudah berkeluarga.. mmg mencabar minda betul tindakan saya ini..

Azree MH berkata...

Hurm. Jadi usahawan asas tani pun ok juga.

Tanam cendawan tiram. Hehe.

Tanpa Nama berkata...

selamat siang pak cik,,,
i dari indonesia,,, saya telah tengok blog pak cik,,, rasanya jadi ingin baca buku dari malaysia,,,

ngomong-ngomong namanya pak cik sama,,, pak cik mohammad kholid,,, i kholid abdulloh,,, hahaha,,,

alid_abdul@yahoo.com
alidabdul.blogspot.com