Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Selasa, Mei 22, 2007

Alasan Untuk Tidak Menulis


Seringkali bila bertemu kawan-kawan yang penulis dan hatta yang bukan penulis, mereka memberi penghargaan yang tinggi dengan bertanya – “sekarang tulis novel apa?” atau “tahniah, aku hormati komitmen anda.” Dan seringkali juga mereka memberi alasan untuk tidak menulis atau untuk mula menulis. Berikut antara alasan-alasan logik yang diberikan…

1. Tunggu masa lapang / tunggu selepas bersara – masa tak mungkin akan lapang, sebaliknya kitalah yang melapangkan masa. Tunggu selepas bersara lebih teruk – waktu itu kita akan sibuk dengan mengatur hidup yang baru. Bukankah lebih baik memulakan sebelum bersara? DBP pun sudah buat kursus penulisan untuk bakal-bakal pesara.

2. Tunggu beli laptop / komputer – ini alasan paling lazim. Fikirkan dengan kemudahan komputer baru, semangat menulis akan datang. Mulakan dari sekarang – tulis dengan pen dan kertas dahulu. Di mana-mana juga boleh digunakan, jika terlalu bergantung pada komputer – susah juga.

3. Belum ada ilham / idea yang sesuai untuk ditulis – ilham tidak boleh ditunggu, perlu dicari. Caranya dengan membaca, menulis, membaca, menulis… dan seterusnya. Menulis hari-hari akan menajamkan minda dan seterusnya akan menjana ilham. Otak yang tidak digunakan akan mati…

4. Sibuk dengan kerja dan jika wanita, sibuk mengurus rumahtangga. Mula menulis dulu inilah juga alasan lazim yang sering saya gunakan, tetapi kini di waktu orang lain baca suratkhabar, atau waktu mereka bersembang tentang katalog jualan lansung – saya merangka apa yang akan saya tulis. Pernah, dalam mesyuarat pun saya menulis. Kerja halal jadi haram? Pada fikiran saya tidak, asalkan tugasan yang diberikan semua disiapkan mengikut rancangan dan waktu yang senggang itulah digunakan untuk menulis.

5. Ada seorang rakan kata – “cerita seperti inilah yang aku hendak tulis!” sambil memegang novel terbaru Danielle Steel. Malangnya cerita itu sudah ditulis. Gejala ini timbul kerana kecetekan olahan kita, sebuah cerita boleh diceritakan dengan pelbagai cara dan akhir mempunyai satu cerita yang beridentiti sendiri. Pengalaman ketika menulis skrip drama – sebuah cerita boleh dijadikan tiga buah drama yang berbeza. Bukankah itu kreatif?

Sekarang anda boleh tanya diri sendiri – “kenapa aku tidak menulis?”

Sungei Palas

10 ulasan:

Serunai Faqir aka SF berkata...

Peh berasap jadi penulis sepenuh masa ni Kholid. Semua alasan yg kau berikan itu kena tolak tepi. Kalau part-time mmg boleh bagi alasan macam2, kalau sepenuh masa, bom meletup pun kena tulis juga. Aku dah jadi macam Keluang Man tapi lain sedikit, malam berjaga,siang pun bangun pagi ... menaip, menaip, menaip .... hisap rokok dah macam naga! Hahaha

©Opah De berkata...

Assalamualaikum wbh Sdr Mohamad Kholid. Kunjungan balas dari saya. Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog saya yang tidak seberapa ini. Terharu kerana penulis besar sanggup meninggalkan jejak.
Saya bersyukur anak Sdr terhibur dengan buku Ninja Kunaharo. Sambungannya akan muncul tidak lama lagi, insyaALLAH.
Saya juga telah link blog Sdr di blog saya. Harap diizinkan.
Sekali lagi, terima kasih dan salam bahagia.

Mersik berkata...

Alasan sebab tak menulis.. err err dah tua kut. Fikiran selalu linglung2, nanti tah apa2 yg ditulisnya.. alahaii..hik hik..

Lama pokcik tak dtg sini..pekaboo?

blackpurple berkata...

Saya bukan 'penulis' jadi saya bolehlah memberi alasan KURANG MASA walaupun semacam ada idea dan keinginan untuk menulis secara serius. Cukuplah sekali - dua dalam seminggu melepaskan 'gian' dengan menulis cerita pendek-pendek di blog. :)

Abang Long berkata...

Salam hormat buat Saudara.

Gembira dapat bertemu dibengkel. Dapat berbicara cuma seketika. Kerana komitmen kita berada disana. InsyaAllah bertemu lagi.

Latiptalib berkata...

Assalamualaikum

Tahniah pemenang tempat pertama karyanet. Semoga itu menyemarakkan lagi minat saudara dalam bidang penulisan.

Saudara di Cameron Highland? tentu banyak dapat ilham di tempat itu.

Menulis dan terus menulis.

ezam berkata...

dulu saya mmg minat menulis..tapi untuk tatapan sendiri..kesibukan masa dan kekeringan idea menjadi alasan...

ada idea bagaimana nak mengasah semula bakat terpendam?

ez berkata...

Tahniah mendapat tempat pertama karyanet.
Bila Siri Pengembaraan Si Belimbing akan berada di pasaran?

Kak Mun berkata...

Assalammualaikum
Ada semua complete pun belum tentu boleh mula menulis. That's me! Kak Mun baru jumpa blog ni. Tak sangka Kholid sudah begitu advanced. Tahniah!

Saiee Driss berkata...

Terima kasih kerana singgah di blog saya.

Pasal isu kenapa tidak mmenulis saya ada satu entri cukup panjang dalam blog saya saieedriss.blogspot.com - entri terbaru setelah tujuh bulan berdiam diri.