Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Isnin, Mac 26, 2007

Drama Radio dan Terapi Diri

Sekitar tahun lalu, seorang sahabat – juga penulis, Zamidah Hashim telah memberikan format beberapa jenis drama radio.
“Cubalah,” katanya. “Boleh dapat duit untuk bayar api air…”
Atas sebab mencari duit api/air - saya mencuba. Menghantar empat skrip drama Olak alik dan mendapat bayaran yang lumayan juga. Boleh bayar ansuran kereta sebulan.
Bertitik tolak dari situ, saya melihat menulis skrip drama radio lebih kepada kepuasan diri. Bagaimana? Saya kemukakan satu contoh. Satu masa saya sakit hati melihat orang membuang sampah dari tingkap kereta dalam perjalanan dari Tapah ke Ringlet. “Tolonglah, bukankah ini hutan hujan khatulistiwa yang hijau. Jangan cemari!” jerit hati saya. Pada siapa harus diluahkan kemarahan itu? Apa lagi kalau bukan drama radio. Lahirlah skrip – ‘Air’ yang menyentuh menjaga sumber air.
Satu contoh lain, ada seorang jiran yang mempunyai anak remaja. Sering melepak dan hisap rokok. Buat muka selamba sahaja bila lakukan semua itu dihadapan orang dewasa. Jiran-jiran yang lain ada yang menegur – akibatnya kereta bercalar dan bermacam hal lain. Saya utarakan rasa tidak senang ini dalam skrip ‘Anak Jiran’.
Secara tidak lansung, rasa tidak senang itu saya luahkan dalam satu bentuk kreatif. Jika masyarakat mendengar dan mengambil ikhtibar – sudah memadai. Tanggungjawab saya mendidik masyarakat sudah terlaksana. Yang penting dapat juga duit api/air, juga duit astro…

Brinchang

8 ulasan:

zulkhair berkata...

He, he itu namanya falsafah geram dalam karya yang seterusnya menghasilkan karya geram atau boleh saja disebut geramisme.

zaharah berkata...

Salam.
Alangkah bertuahnya orang yg berbakat meluahkan perasaannya melalui karya. Kalaulah saya kreatif seperti Tuan Mohamadkholid, seronok juga ya.Boleh cari duit utk tambang pengangkutan awam. :)

Selamat berkarya.

Nazhatulshima Nolan berkata...

Menarik juga kisah saudara bermula menulis skrip. Boleh kongsi bagaimana caranya , format yang dikatakan di sini? Terima kasih.

mohamadkholid berkata...

zul,
tak apalah - asal lepas terbuku di hati...

sdr zaharah,
kalau sirius dgn bidang itu memang boleh cari makan

nzshima,
kalau dimasukkan ke dalam blog - formatnya lari - hubungi mail saya - saya akan kongsi...

ez berkata...

Salam,
Amat berminat sekali saya melihat bagaimana skrip radio. ada format tertentu?

emily johanis berkata...

salam tuan
say berminat utk menulis skrip
bagaimana saya dpat menghubungi tuan melalui email?

Sisipan Ilham berkata...

salam lid. akupun ada hasilkan olak alik tp xtaula nak antar by emel ke pos. teruskan berjaya, lid!

Tanpa Nama berkata...

salam.
saya berminat untuk mengetahui dengan lebih dalam mengenai drama radio ini.tapi sukar untuk mencari penerangannya dalam laman sesawang.bolehkah tuan kongsikan sedikit maklumat serta contoh mengenainya? ini emel saya kaklong91@gmail.com