Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Ahad, Januari 21, 2007

AL KISAH TUAN HAJI MALBORO

AL KISAH TUAN HAJI MALBORO
(Bukan Haji Mabrur)

Alkisah Tuan Haji Malboro agak terkenal di Pekan K (Pekan Kambing – mengambil nama sempena Kampung Kambing dalam novel Salina). Tuan Haji Malboro rajin ke masjid, hampir setiap waktu kecuali subuh-subuh tertentu apabila isterinya Hajah Tiga Lima (sempena pepatah - dua kali lima) enggan melepaskannya dari katil. Pendek kata Tuan Haji Malboro memang terkenallah sebagai insan yang boleh dihormati. Tuan Haji Malboro ini merupakan ketua pejabat hal api dan menangkap binatang berbisa. Selain dari itu tugasnya juga memeriksa keselamatan premis-premis perniagaan yang tumbuh bagai cendawan musim kemarau di Pekan K. Tersebutlah kisah Puan Lurus, seorang pengusaha bumiputera yang membuka pusat pembelajaran jarak pendek – satu-satunya orang Melayu yang berusaha membuka pusat itu. Pesaingnya Puan Cemara dan Encik Tiong bukan berbangsa Melayu adanya. Beberapa kali Puan Lurus meminta Tuan Haji Malboro meluluskan permit keselamatan pusat pembelajaran jarak pendeknya tetapi gagal – sebab utamanya tidak selamat. Tiada tangga keluar di tingkat atas. Jumlah pemadam api tidak mencukupi dan gril selalu berkunci. Puan Lurus terpaksalah berikhtiar mengusahakan permintaan Tuan Haji Malboro itu – hampir dua tahun dia mengumpul duit untuk membina tangga besi. Almaklumlah besi mahal sekarang, sampai besi penutup longkang pun dirembat kutu berahak. Tiba-tiba Tuan Haji Malboro pindah – permit tak juga dapat-dapat dan alangkah terkejutnya Puan Lurus apabila pusat Puan Cemara diluluskan permitnya oleh Tuan Haji Malboro walaupun tanpa tangga belakang dan tak lengkap ciri-ciri keselamatan. “Cakaplah perlu hulur-hulur… Taklah sampai perlu buat pinjaman hendak buat tangga besi itu,” keluh Puan Lurus yang sememangnya lurus itu.

(Tersenyum apabila mendengar ucapan Pak Lah untuk membenteras rasuah sehingga akar umbi.)

Brinchang

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Askm.. satu jenaka yang ada benarnya...sukar untuk menjadikan realiti selagi pangkah masih milik mereka....lastly ...thanks alot for your briliant idea in making my "puisi"..ni tengah testing baca puisi...

zulkhair berkata...

Saya melihat dpd sudut peringatan buat para tuan haji yang pernah terlibat, boleh terlibat dan ramai yang terlibat.

Serunai Faqir aka SF berkata...

Nasib baik tak 'mabbur loh' .. .hehehe