Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Selasa, Januari 09, 2007

Adakah Penulis Berfikiran Gila-gila?


PUAN AINON ada menyentuh tentang idea gila-gila diperlukan untuk menulis novel fantasi lewat www.universitipts.com Sejujurnya– idea yang gila-gila selalunya memberi impak yang besar. Saya teringat satu masa dahulu – ketika tinggal di Kolej ke Lima, UPM – tanpa pengetahuan yang luas tentang puisi, saya dan beberapa orang teman membuat persembahan puisidra. Entahkan menjadi atau tidak tidak pasti – tetapi sambutannya cukup memberansangkan. Kami mengarang puisi untuk persembahan itu sendiri, mencari muzik latar yang sesuai dan kemudian melakonkannya secara bebas. Bertiga di atas pentas, saya, Zamer dan Norshah menjadikan puisidra itu hidup. Walaupun kami sendiri tidak pasti – apakah khalayak faham atau lansung tak faham apa yang kami persembahkan. Mungkin kami dibayangi imej penulis era 1990 an – sesekali bersantai di pasar seni, dengan segelas teh tarik – bersembang sambil memasang telinga dan membuka fikir mendengar lagu-lagu puisi. Apatah lagi salah seorang fellow kami adalah Aripin Said yang terkenal dengan lagu-lagu rakyat dan gendangnya itu.
Penulis seharusnya mempunyai jiwa yang bebas – bebas menulis dan meluahkan. Juga bebas untuk mentafsir dan memberi makna. Sejujurnya juga saya amat berusaha untuk memisahkan – antara waktu kerja yang lapan jam di pejabat kerajaan dengan fikiran yang terlalu terbuka itu. Apabila melihat ‘sesuatu’ dan gagal untuk mententeramkan diri – secepat mungkin saya akan mencatat khusus untuk melegakan. Seperti ketika saya menulis entri ini – ditengah-tengah perbincangan, saya mendiamkan diri di sudut ambil secara diam-diam mencatat. Bukankah apa yang saya tulis ini sesuatu yang gila-gila?

Tanah Rata

3 ulasan:

Zamer berkata...

Sahabat, terima kasihlah merakamkan secebis kenangan kita diUPM. memang gilapun idea Puisidra tu..dahlah aku kena menari..kena campak lagi oleh Norshah...nyaris tak jatuh pentas...apa-apapun memang pengalaman itu amat berharga..yang pasti kita benar-benar berani mengambil risiko..

Tanpa Nama berkata...

bang khalid...
leh tolong.. buat kan sebuah puisi tuk majlis perpisahan rakan sepejabat ( pencen).... saye yang deklamasikannya... ct Gombak...

Tanpa Nama berkata...

bang khalid...
leh tolong.. buat kan sebuah puisi tuk majlis perpisahan rakan sepejabat ( pencen).... saye yang deklamasikannya... ct Gombak...