Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Isnin, Disember 11, 2006

Siti Nurbaya - Sebuah Nama dan Sebuah Novel

Aku tak pernah membaca novel Marah Rusli – Siti Nurbaya (judul asalnya - Siti Noerbaja oleh Marah Roesli). Nama itu tentulah popular dan glamor pada zamannya. Seorang temanku, Siti Norbaya juga namanya – amat menarik perhatianku. Dia mempunyai perwatakan sendiri yang begitu anggun dan berciri – mudahnya mempunya tag atau label sendiri. Kali ini aku ingin menulis tentang watak dan perwatakan, bagaimana seorang penulis menemui wataknya untuk novel yang bakal ditulis.

Aku suka membingkaikan watak. Sebagai contoh – aku bingkaikan perwatakan seseorang dengan sebuah nama watak yang bakal ku tulis dalam novel. Tahukah anda, setiap orang mempunyai keistimewaan sendiri – seperti bagaimana Siti Norbaya yang mudah tersenyum manis lagi menyenangkan, yang suka bercakap sambil memejamkan mata sesekala, juga kadang-kadang memakai jam terbalik di pergelangan tangannya. Ia tak disedari tetapi itulah ciri-ciri yang manis dalam perwatakan itu. Sebagaimana aku gemar melihat seorang sifuku dalam penulisan menyepit tudungnya dengan penyepit kertas. Apabila aku mula membingkaikan watak, setiap kali menulis – aku pasti akan ingat orang yang aku bingkaikan watak itu. Bagaimana dia berjalan, bagaimana dia bercakap, warna apa bajunya atau pun karismanya. Hanya namanya sahaja yang aku tukar tetapi tidak perwatakannya. Begitulah proses penulisan itu menuju ke penamatnya dan watak itu akan sentiasa hidup dan bermain dalam fikiranku.

(Buat temanku – Siti Norbaya. Perwatakan anda membuatkan aku terpesona! Tentu novelku yang akan datang akan mengabdikannya.)

4 ulasan:

wahyu budewa rendra berkata...

kadangkala atau seringkali, teman rapat yang mesra begitu cepat untuk kita tanggap watak dan perwatakannya; lalu dengan selesa dia hidup dan terus mewangi dalam karya-karya kita.

Tanpa Nama berkata...

waduh... kembang kuncup urat-urat gatalku, sekembang juga lubang hidungku yang ala-ala mancung ni..... tatkala melihat nama aku kat screen monitor. ni yang rasa nak senyum sampai ketelinga.. apa apapun.. aku rase teruja pulak.. yalah di usia pertengahan ini adalak yang berminat dengan senyuman kambing aku ni...
ucapan terima kasih pada cik kholid kerana membuatkua tersenyum 'manis' hari ni dan juga seterusnya bilamana ada orang melihat senyuman dan cara kartun ku sesuatu yang manisszzz...
kerana adakalanya orang yang terdekat dengan kitapun tidak pasti dapat melihat atau menghargai "kemanisan" itu......
Last but not least... rase-rasenye nak jugak berjinak-jinak dengan penulisan. sedikit sebanyak mampu mengurangkan "masalah" dijiwa... assalamualaikumm....

mohamadkholid berkata...

Rendra - selalunya kita begitulah... terlalu peka.

Ct Nurbaya - inilah dia orangnya. selamat dtg ke blog saya - blog org yg sedang belajar menulis.

Tanpa Nama berkata...

aku juga siti nurbaya...di mana syamsul bahri ku???