Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Isnin, Disember 18, 2006

Aku Yang Terpukul

Budaya jibunsyi bukan budaya baru tetapi telah wujud ratusan tahun dalam budaya masyarakat Jepun. Mereka mengungkap sejarah keluarga dan diturunkan sebagai warisan. Menulis jibunsyi bukanlah mudah – perlu punyai kekuatan, malah perlu memilih inti yang perlu dan wajar diceritakan. Kerana itulah aku sering gagal untuk mula menulis jibunsyi.

Menyentuh tentang kisah benar, aku rasa seolah-olah terpukul. Malah mungkin aku akan menimbangkan semula untuk menulis sebuah buku berkaitan penyalahgunaan dadah (dan tentang kegagalan penagih itu dipulihkan). Pengalaman 14 tahun di AADK mematangkan diri bagaimana melihat sifat dan sikap insan penagih dadah ini. Sesungguhnya orang ramai tidak sedar penagih dadah dari Malaysia hingga ke Afrika Selatan bersifat internasional. Dia bukan Melayu, Jawa, Cina Hailam, Pastun, Malabar atau pun Badwi tetapi apabila dia menggunakan dadah maka kaumnya adalah kaum pengguna dadah. Sifat dan sikapnya sama merentasi sempadan negara. Kenapa aku rasa terpukul? Kerana perasaan cinta seorang adik terhadap seorang penagih dadah yang sebaya denganku.

Aku tidak pernah mengatakan masyarakat tidak ambil berat sepanjang kerjayaku yang lalu. Sering ku tegaskan kepada klien – setiap orang akan mengambil risiko dan akibat perbuatannya adalah tanggungjawab sendiri. Ubah fikiran diri sendiri dan bukan mengharapkan fikiran masyarakat yang akan berubah. Bukankah kita berada dalam masyarakat?

Menyentuh tentang pemulihan dadah yang dijalankan di Malaysia – langkah itu sebenarnya hanya untuk membendung bukan untuk memulihkan. Tidak ada cara yang ditemui benar-benar berkesan dari tough and rugged, treputik komuniti, penggunaan ubat gantian – trexan, halakah dan kini dengar-dengarnya sudah menggunakan metadon pula. Apa-apa pun syarikat famasikal juga yang mengaut keuntungan dan pembayar cukai terpaksa membazirkan wang berjuta ringgit setahun.

Menyentuh tentang rasa terpukul tadi – sudah aku usahakan sebagaimana yang sepatutnya. Tegah & nasihat, malah menyemak rekod polis. Kata orang cinta itu buta tetapi kataku cinta yang begitu adalah tindakan membabi buta. Klien-klien ku dahulu hingga kini – hidup mereka seperti ombak, sekejap berada di atas, sebentar kemudian berada dibawah tetapi selalunya berada di bawah. Berkahwin dengan penagih dadah – pengalaman hidup itu tidak sesuai lansung untuk ditulis jadi jibunsyi. Lebih banyak derita dari bahagia, malah mungkin perlu lebih bersedia untuk menjadi buta hati, tebal muka dan pekak telinga. Nasihatku yang paling akhir mungkin – buat ujian saringan HIV! Dan jangan buat sekali sahaja sebaliknya enam bulan sekali... Sepanjang hayat dengan penuh rasa cinta.

Cameron Highlands

12 ulasan:

zalisa maz berkata...

andainya ditulis kisah itu bukankah saudara boleh menjadikannya sebuah buku yg mengandungi pengajaran? masyarakat sukakan cerita pengajaran yg ada air mata di awal ceritanya...

Serunai Faqir aka SF berkata...

apa cerita tu? : ) apa khabar? Lama tak dengar berita?

sri berkata...

Salam dari Kuala Lumpur. Teruskan menulis, saudara berbakat.

kujie berkata...

rumah sy berdekatan pusat serenti, satu hari sy menumpangkan seorang isteri seorang kakitangan pusat serenti yg dlm resah dlm kekalutan dgn dgn masalah rumahtangga...sebagai manusia siapa pn tdk sempurna...

Nissa' Yusof berkata...

assalamualaikum..
salam ziarah

mohamadkholid berkata...

zalisa maz,
saya tak pandai menulis cerita air mata tetapi jika ada teman-teman penulis ingin menulis tentang penagih dadah boleh dptkan maklumat dr saya...

sf,
khabar baik - tulis buku apa sekarang? Bila nak bertapa dengan aku kat sini?

sri,
terima kasih

kujie,
saya pun pernah tinggal kat hulu selangor. rojak serendah sedapppp!
tentang masalah rumahtangga - no komen


nissa'
terima kasih. sudi-sudikan ziarah selalu

Saleha Ahmad berkata...

Salam. Terima kasih sudi ke blog saya. Kini saya datang ke blog saudara dan mendapati banyak tulisan yang menarik. Mungkin dapat berkongsi maklumat.

Tanpa Nama berkata...

Sdr Kholid, takan takda nostalgia 1988-1991 yang boleh dikongsi...

"Sahabat Lama"

Nazhatulshima Nolan berkata...

Salam perkenalan. Terima kasih berkunjung ke blog saya. Kini saya membuat kunjungan balas. Saya fahami maksud saudara tentang berfikir semula untuk menulis jibunsyi tentang itu, memang perlukan kekuatan untuk memaparkan kebenaran walaupun ianya mungkin dapat memberi banyak pengajaran.

Nazhatulshima Nolan berkata...

Salam perkenalan. Terima kasih berkunjung ke blog saya. Kini saya membuat kunjungan balas. Saya fahami maksud saudara tentang berfikir semula untuk menulis jibunsyi tentang itu, memang perlukan kekuatan untuk memaparkan kebenaran walaupun ianya mungkin dapat memberi banyak pengajaran.

Najwa Aiman berkata...

kisah tahyul yang benar-benar dialami boleh dianggap kisah benar tak? mcm kisah2 tangan dalam beg merah, atau kisah budak form 1 bilik aku yg menjerit tgh malam smpe seluruh asrama dgr kecuali roommate dia sendiri, atau kisah paip air yg tutup dan buka ikut suka hati sendiri, alaaa.... kisah2 1983 - 1987 dulu laaa....

mohamadkholid berkata...

saleha - terima kasih. blog ini hanya catatan pengalaman dan pandangan...

sdr entah siapa - ada tunggu!!!

Nazhatulshima - saya buka berfikir dua kali bahkan sepuluh kali untuk menulis jibunsyi sendiri. maklumlah - ada perkara yg lebih baik terus menjadi rahsia...

najwa aiman - jibunsyi ala misteri nusantara - itu kena tanya sifu ainon dulu... huaaaaa