Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Isnin, Oktober 30, 2006

Mentafsir Alam Yang Indah


Siri Penyiasat Ekstrovert ke 5 – Pedang Yamashita bukanlah semata-mata kisah penyiasatan kanak-kanak sahaja. Ia merupakan garapan tanggungjawab sosial dan sains. Pengalaman meredah hutan bakau di Tanjung Piai sewaktu mengikuti perhimpunan penulis muda 2005 – aku abadikan dalam siri ini. Mudah-mudahan akan memberi pengalaman pembacaan yang menyeronokkan.

Aku teringat zaman kecil – waktu sesekali tinggal di rumah kakak di Sungai Kajang, Tanjong Karang. Rumahnya tidak jauh dari laut. Hanya berbasikal sekitar 5 atau 10 minit sahaja. Kami akan mengutip kerang atau lala, kadang kala kepah di pantai berlumpur itu. Pokok-pokok bakau – tidaklah terlalu tinggi (selalu jadi mangsa orang kampung untuk dijadikan bahan benaan) jadi tempat kami bernaung sambil memasak lala dan kerang di dalam tin sardin. Kata orang pengalaman itulah yang mengajar erti hidup – susah & senang, pahit & manis berbaur yang kadang kala apabila dewasa kita tidak pasti yang mana satukah pahit dan yang mana satukah manis.

Aku menjadi dewasa dalam alam yang indah – di kampung dan kemudian setelah mula berkerja aku juga memilih pekan kecil yang tidak sibuk. Malah bau hutannya kadang-kala menerjah masuk dari tingkap-tingkap yang terbuka pejabatku – sebuah quarters lama yang diubah-suai dijadikan pejabat.

8 ulasan:

wahyu budewa rendra berkata...

wah, akhirnya apa yang diperkatakan ketika bertemu di bangi dan seterusnya port dickson diterbitkan jua. tahniah, kanda kholid! terus prolifik.

Serunai Faqir aka SF berkata...

Cantik apa hutan batu di KL dengan hiasan 'bunga-bunga' yang pelbagai warna dan bau. Hehehe ... Dan sungainya mengalir coklat susu menambahkan keindahan kota metropolitan Lid.

Najwa Aiman berkata...

dari kecik aku mmg seriau sket dgn bangunan lama tinggalan british. semacam ada aura jek, pastu boleh imagine jww birch sengih2. arrkk..!!!

tapi aku mmg bercita2 nk beli tanah kat cameron highlands tu. aku nak bersara kat situ la. tp org kata tanah situ skg mahal ek????

kak zailina berkata...

Terima kasih kerana sudi membaca 'Untukmu Permata Hatiku'.. Teruskan berkarya, tentu banyak ilham di CH kerana kedinginannya! Akak pernah sekali ke sana dan terpaksa ditarik suami utk naik kereta kerana tak mahu balik, hehehe...!!

lutfi berkata...

puh, makin prolifik sekarang! tahniah.

Norziati MR berkata...

Alangkah seronoknya tinggal di CH. Saya dapat membayangkan betapa sejuknya pagi, bau hutannya yang menyegarkan serta irama unggas hutan yang menyanyi riang.

Itu pengalaman ketika berekpedisi enam tahun yang lalu. Saya rasa suasananya masih sama. Bilalah agaknya berpeluang ke sama lagi?

Salam takzim

mohamadkholid berkata...

rendra - terima kasih. perbualan kita juga menjana idea

sf - tang banjir yang aku takut!!

adzam - tanah mahal, semahal udaranya. kalau nak beli mungkin kondo atau apartment boleh tahanlah...

kak zailina - fasal tu saya suka duduk sini. ada orang bilang saya 'gila' pindah kerja ke mari. novel kak tu memang saya suka baca...

lutfi - terima kasih. selagi ada idea kata orang - tulis jgan berhenti.

norziati mr - sekarang pun saya gemar lagi panjat gunung dan jungle tracking di hutan yang penuh dengan lumut. sangat menarik!

zalisa maz berkata...

wah, seronoknya punya penglaman yg hebat2 begini. boleh jadi nvl. boleh buat duit :D