Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Khamis, Oktober 05, 2006



Dua hari di Kuantan, aku sempat menjejak buku di Popular. Menjengah penyiasat ekstrovert di tempat yang dikhaskan untuk best seller bersama novel-novel Sidney Sheldon, Nicholas Spark dan lain-lain membuatkan aku menarik nafas lega. Terbang juga sejumlah wang untuk memoir terbaru Sidney Sheldon - The Other Side of Me. Dan dalam dua hari itu, aku selesai membaca memoir yang sangat menarik itu.

Paling mengujakan, Sidney yang bermula sebagai penulis lirik dan pencipta lagu, diikuti penulis skrip drama dan akhirnya mengakui menulis novel adalah segala-galanya. Novelnya yang pertama The Naked Face, hanya laku 17000 naskah sahaja di USA. Dalam satu priview novel itu - dia hanya menjual senaskah novel sahaja. Tetapi lihatlah sekarang, novel-novelnya sudah dicetak 300 juta naskah dan diedarkan ke 51 buah negara di seluruh dunia.

8 ulasan:

ustazmuda berkata...

Assalmaualikum...

Apa khababar apa cerpen terini???

Tq

Sahrunizam berkata...

tak pa terbang duit beli buku.pelaburan yang bukan sahaja menguntungkan tapi tak pernah rugi

wahyu budewa rendra berkata...

tahniah, kanda kholid! novel semakin mendapat sambutan. kalau nak tengok pasaran di JB pula, beritau kita ye. boleh jumpa, insyaAllah.

zulkhair berkata...

Biasanya pada peringkat awal, kita tak jelas apakah kekuatan dan nieche diri sendiri. Cuba sahaja semua perkara tapi tidaklah dalam bidang yang jauh berbeda. Memang benar jika dikatakan, kenal diri baru kenal Allah. Bila kita cuba kenal diri sendiri hakikatnya penuh 1001 misteri. Hatta bila nak berbuka puasa pun kita sendiri keliru apakah jenis makanan yang hendak dibuat berbuka?

Serunai Faqir aka SF berkata...

Penulis mesti banyak membaca Lid ..teruskan sahaja buang duit tu kat buku2

Puan Ainon Mohd. berkata...

Cerita Sidney Sheldon ini bagus bagi mendorong kita terus menulis meskipun jualan karya2 awal tidak memberangsangkan.

killer berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Blog Rasmi Motivasi Minda berkata...

Teringat kisah Tuan Ashadi Zain dalam blog Puan :)