Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Ahad, September 17, 2006

Tentang Hutang

Kelmarin aku berbual dengan seorang mantan pegawai bank lambang rimau yang sudah jadi kontraktor. Aku tanya tentang diskriminasi dalam pemberian pinjaman. Ceritanya begini – seorang pegawai Melayu, pendapatan isi rumah lebih kurang RM2500 cuba untuk pinjaman perumahan yang bernilai RM150 ribu – gagal. Sedangkan dalam masa yang sama seorang warga Malaysia yang berbangsa lain dan bukan Cina memohon pinjaman yang sama lulus. Kelayakan mereka sama, bukan blacklist dan tinggal di kawasan sama. Kurangnya pemohon kedua itu adalah hanya seorang pekerja biasa sahaja, bukan pegawai syarikat swasta seperti pegawai Melayu tadi. Kenapa pemohon kedua layak dan pemohon pertama tadi gagal?
Sahabat aku tadi menyatakan ada parameter yang diguna pakai yang menyatakan kebarangkalian orang Melayu membayar hutang hanya 60 peratus sedangkan bangsa lain dari 90 hingga 100 peratus.
Soalnya – wajarkah?
Zaman ini tidak boleh dibandingkan dengan sejarah 20 tahun dahulu. Banyak sahabat bangsa lain menyatakan – bisnes mereka pasti akan gagal tanpa adanya orang Melayu. Kuasa membeli orang Melayu sudah jadi semakin besar – lihat sahajalah kini – iklan, tv dan promosi mensasarkan kepada golongan kelas menengah Melayu. Sudah sampai masanya bank-bank mengubah cara menjalankan bisnes mereka. Lihat sahaja iklan di akhbar – siapa yang lebih ramai bangkrap agaknya?

5 ulasan:

Serunai Faqir aka SF berkata...

ala takyah beli kat kedai2 depa tu, mai kita pakat himpun p beli kat kedai bangsa kia ajer.

Puan Ainon Mohd. berkata...

Sdr SF, eh.... beli rumah di kedai?

nooryahaya berkata...

cuba kira, hutang 150k tu bayaran ansuran bulanan berapa? kendian dari pendapatan rm2500 tu, duit keta brapa, makan pakai anak yg 5 org, mekap bini, balik kampung dua minggu sekali..etc etc.
alahai kena lah buat keje part time tulis novel.
masalahnya bukan bank tak nak bagi, tapi bank ada risk ratio kena ikut. certain percentage of asset in mortgage market does not perform becoz the houses is in no growth area and risky as well, if the bank put too much (high percentage of loans) in housing market, the bank will suffer if housing market in downturn. lending to businesses with a good cashflow is seen as less risky at the moment. its also a government directive to contain the housing bubble, instead lend more to businesses to stoke the economic growth.

Tanpa Nama berkata...

Macam ni la. Saya ni bukan bila ada sesuatu isu pendekatan saya adalah melihat kepada kedua-dua belah. Sebelum menuding jari kenapa tidak kita muhasabah diri. Cuba tengok track record kita. Nak senang tengok pinjaman yang diberi oleh MARA untuk anak bumi melanjutkan pelajaran. Bagus kah rekod kita dalam membayar hutang? Tentang beli kete ni tak tau lah hamba tapi saya tau ada profesional yang konon gaji berpuluh ribu pun bayar bulanan sangkut. Terpulanglah kalau rasa gaji RM 2500 tu besar. Cadangan saya kenapa tak berdikit-dikit kumpul wang. Bila boleh keluar duit muka 50% baru beli. Utang senang babe tapi membayaunye susah!

polikliniksalehudin berkata...

Masaalahnya sikap orang melayu masih belum berubah, dari culas membayar hutang,sambil lewa buat bisness, menganggap bangsa lain lebih baik dalam bisness dan perkhidmatan hingga kepada malas belajar[kolej/universiti].Orang melayu shopping di kedai bangsa lain, tapi hutang di kedai bangsa sendiri,akan bermatian bayar duit along tetapi hutang rm 50 dua tahun tak dijelaskan.Bank mengambil langkah yang betul, kerana telah meneliti rekod pembayaran pelanggan melayu.