Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Selasa, Ogos 22, 2006

Cuti Sekolah Datang Lagi

Sejak aku bermaustautin di Cameron Highlands setahun ini - cuti sekolahlah yang paling membosankan. Bila cuti sekolah - hotel-hotel mula penuh dan ada pasar malam setiap hari. Aduhai, sampahlah masalah utama. Pelancong yang menyintai keindahan Cameron Highlands membuang sampah sesuka hati. Dari tingkap kereta, di tepi-tepi jalan, bersepah-sepah. Adakah mereka tidak bermoral? Apa salahnya simpan sekejap dalam kereta dan kemudian buang di tong yang disediakan.
Penyakit kedua - memetik bunga dan paling teruk, melesapkan bunga. Bunga-bunga yang di tanam dihadapan pejabatku - agak berkurangan sedikit. Pandai pula mereka mengambil sebahagian sahaja - sebahagian lagi ditinggalkan untuk mudah membiak.
Menyebut tentang habit pelancong Malaysia ini, ada sesuatu yang berlainan dengan pelancong dari Eropah, US atau pun Australia. Mereka tidak menginap di hotel mewah sebaliknya di budget hotel atau homestay. Tidak gila membeli belah sebaliknya lebih gila jungle tracking. Bukan menginap sehari dua sebaliknya berbulan-bulan. Situasi ini dapat dilihat sepanjang tahun. Pelancong dari Jepun pula menikmati hari-hari tua & persaraan. Menyewa apartment berbulan-bulan, berjalan kaki menikmati alam & hutan dan mengandar kayu golf pagi - petang. Pelancong Malaysia - hanya berbelanja, beli kobis dan sayur sebonet penuh.

2 ulasan:

nooryahaya berkata...

mind over matter.
biasa lah org Malaysia ni suka menunjuk dan berbanggga dengan materialism.. rumah besar, keta besar..kendian kalau balik kampung berlawan lawan hadiahkan yg terbaik utk sanak sedara.
jadi kalau kemana mana perlu cari ole ole..tu yg sibuk shoppimg kalau melancong tu.
perangai buang sampah merata tu ada dimana mana. perangai kat umah dibawa ke public places. yelah, kat umah expect orang gaji kutip sampah..
cuba pekerja majlis bandaran buat mogok sebulan tak kutip sampah, tak bersihkan bandar...

Tanpa Nama berkata...

saya akui very interesting observation daripada mohd khalid bout ch! 2 bulan lepas saya berkunjung ke ch selepas lawatan terakhir, 5 tahun yg lepas. Bawak anak anak hirup udara sejuk. Kami sampai 2 hari sebelum cuti sekolah. Memang benar, cuti sekolah memang memeritkan bagi penduduk ch dan juga pelancong yang berkunjung. Saya amati semua itu. Semuanya bersesak dan jem sana sini. Tapi dalam hati saya akui yang adakalanya saya syukur dengan keadaan sibuk begitu, fikir saya, inilah yang buat duit kepada penduduk tempatan, ekonomi buat ch. Cuma, saya kesal dengan tahap pembangunan di ch. Bagi saya ch terlalu indah untuk dibiarkan tidak terjaga dan makin kusam dari hari kehari. Tidak banyak berubah daripada 5 tahun lepas dan tiada perubahan positif yg memberangsangkan. Rumah-rumah lama masih cantik, tetapi halaman nya tidak terjaga dan bersampah-sarap. sayang sekali kerana ch tanah yg subur beranugerahkan cuaca yang sejuk. Sepatutnya bunga dan keindahan ada dimana-mana, lagipun ini tourist spot. taman atau garden spot untuk local dan tourist seharusnya boleh didapati, muzium, tourist centres dan sebagainya. mujurlah, 5 minute stroll along a tiny road dekat one of the hills tempat saya stay at 7 in the morning b4 breakfast dengan husband saya, sangat indah bagi saya, itulah ch - nyaman, tenang, very close to nature dan pure. Itu saja yang saya boleh bawak balik. Bukan pelancong asing saja yang mahukan perasaan ini, pelancong lcal seperti saya juga. Tapi sayang, ch seperti tidak mahu mengekalkan kecantikan. Penduduk ch seperti lupa nilai ch, ch adalah kampung sendiri dan juga pujaan pelancong luar dan dalam, tak sayangkah mereka?. Jalan raya masih seperti dulu, sempit dan berdebu merah. sampah boleh dilihat merata-rata. memang mentality malaysian memang begitu bila kita lihat persoalan tentang sampah, tetapi tong sampah itu sendiri? Sukar dicari... Wonder saya pasal perbandaran ch.. siapa yg jaga ya? Pelancong harus diberi kemudahan dan aktiviti yang lebih daripada membeli belah sayur dan pasar malam. 3 hari sebelum berlepas, puas saya google ch untuk aktiviti keluarga yang berpusatkan memberikan lebih pengalaman dan ilmu untuk saya dan anak anak di ch. Pencarian saya tidak berhasil. Ch tidak menawarkan apa-apa bagi saya dan anak anak kecuali cuaca sejuk dan masa bersama mereka. Mungkin boh sahaja yg nampak nya berjaya menawan hati saya dengan konsep melancong sambil belajar nya itu dengan adanya the wooden deck terbaru, display room dan sbgnya.
Saya bawa anak saya ke taman rama-rama. Fikir saya, that's an educational trip. Tapi ianya mengecewakan kerana operasinya seperti melepaskan batuk ditangga ditambah pula dengan entrance fee yang lebih mahal even daripada KL butterfly park. Tidak banyak rama -rama dan tiada apa yg boleh dipelajari. Penjaga taman pula di pemerhatian saya hanya explain kepada pelancong asing. Saya dan anak anak saya yang tunggu disebelah sekian lama langsung tidak diberi perhatian. Di bontotinya pelancong asing. Betapa pelancong local diperlekehkan. Saya juga berkunjung ke salah sebuah rose garden di ch. Saya dengan penuh harapan bergalaskan buku encyclopedia rose saya yng menerangkan +-4000 species rose, boleh menambah ilmu saya yang cetek dalam species bunga yang mahsyur itu. Tapi saya amat amat kesal bila entrance fee dikenakan sangat tinggi tetapi taman nya langsung tidak terjaga. Entrance nya kotor dan tempat parking yng bersemak dan bersampah. Hancur hati saya. Lebih lebih lagi hanya beberapa species yang ditunjukkan/ditanam dan pokoknya diulang-ulang. Nama species rose/tag pun tak de. Penjaga taman pun tak nampak batang hidung.

Waktu drive pulang, fikiran saya penuh persoalan... adakah penduduk ch perlu berubah atau pelancong ch perlu berubah..? the catch 22.

Cuma satu jawapan.. we all lack of the greatest moral of all - 'love '. love for nature, love for beauty, love for our home, our living space, our town...

Saya harap ch akan berubah.. kepada yg lebih baik.. tak kira siapa yg berubah atau perlu mengubahnya.