Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Terbaru. Dapatkan segera dari penulis WA 012-2712906

Sabtu, November 05, 2005

Selamat Hari Raya

Hari Raya Aidil Fitri sentiasa di tunggu-tunggu dan bertemu kawan lama juga sesuatu yang indah sambil mengenang kembali persahabatan lalu. Roslan, sudah hampir 18 tahun tidak bertemu, masih lagi kurus dan tinggi. Cuma nilai-nilai kelakarnya sudah hilang sedikit... Sesekali mengenang penghuni asrama sebelah - ATPN yang sekarang mungkin juga saiznya sudah berubah seiring dengan diri kami yang juga berubah (terutama perut dan jumlah rambut yang semakin terang...)

Apa pun, disebalik dentuman meriam dan mercun bola, hari raya memang dinantikan untuk mengimbau kenangan dan membina kembali persahabatan.

1 ulasan:

wahyu budewa rendra berkata...

assalammualaikum kanda kholid. wah, tahniah atas blog yang cantik ini. tumpang gembira dengan kelahiran blog kanda kholid.
salam sewangi ramadan.